Doa

Setakat ini

aku dah rasa semuanya--
gembira sebab dapat naik kelas
sedih sebab keputusan trial pmr
semuanya

paling sedih pasal--
keputusan trial pmr

keputusan yang tak menyenangkan hati tapi
cukuplah buat aku sedar

aku sedar yang aku
masih belum bersedia
dan masih
main-main

setiap kali ada yang berbual pasal keputusan
aku senyap
dengan selambanya cakap--

"trial je"

terima kasih kawan kawan
yang selalu bagi kata kata semangat

terima kasih kawan kawan
sebab selalu cuba untuk tenangkan afifah

terima kasih kawan kawan

Semoga kita sama sama dapat keputusan cemerlang
sama sama amik gambar pegang result
senyum nampak gigi sama sama
nangis sebab gembira sama sama

Ya Allah permudahkanlah kami untuk mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan PMR 2013. Permudahkanlah segala urusan kami. Pinjamkanlah kepandaian serta kebijaksanaan guru-guru kami kepada kami.

Amin.

No comments :