literally, my form 4 life (new school)

oh hi. haha so ceq nak cita lah pasal life ceq tahun 2014 ni yang  'a brand new life' gak ah. so untuk form 4 ni mula mula macam biasa ah cuma kena sekolah sesi pagi (form 2/3 sesi petang) kat tds. hm mula mula cam ala kena bangun pagi ala form 4 ala nanti malu (entah pape) few days baru masuk sekolah ada orentasi untuk form4 (macam form1) blablabla last last cikgu bagitau masuk kelas mana. ok masuk kelas 4Amanah. Masa dapat tahu tu kan aura dia dah lain dah tak pernah dalam hidup satu kelas dengan budak yang ramai cina (tambah yang pandai debooms gila babs) ok lepastu macam dah ada azam "kena study kuat gak ni" lepastu bila dah masuk kelas.. faham faham ah masuk kelas semua berebut tempat mesti ah nak duduk depan kan tapi kesian~ lambat seminit kot terus dapat belakang- duduk dengan nabila. lepastu time tu guru tingkatan- cikgu muna

lepastu cikgu ubah tempat duduk sebab cikgu tak nak semua duduk dengan bangsa sendiri. ye la kitakan satu Malaysia so mesti ah bercampur. ye dak? so cikgu ubah aku duduk sebelah ong li xiang (wuuuu) ok no issue. lepastu sekolah macam biasa. everything was okay until one day.. jeng jeng jeng



sebelum dapat tahu pasal ni, aku memang tak tunggu ah pasal sbp ke mrsm ke sebab tak mohon ok bye hahah yang pasal teknik ni aku mohon je sebab dalam otak memang " tahun depan nak pindah tak nak sekolah situ(tds) kalau boleh lah" so bila dapat ni sepatutnya aku gembira tapi aku lost. aku sebenarnya 50% happy lagi 50% tu mixed feelings. nak terima ke tidak? aku biarkan je dulu lepastu aku fikir banyak kali jugak lah ye la sebab kalau aku terima teknik ni, aku kena lepaskan subjek bio (which a ticket for me to be a doctor or any careers that relate in that kind of field), aku kena lepaskan jawatan pengawas (tapi sebenarnya boleh je minta nanti kat teknik), kena lepaskan position netball (yang aku rasa susah nak dapat kat teknikjb) masa tu lah aku kena fikir pasal cita-cita aku yang aku sendiri kurang pasti (cewah ayat) dari sekolah rendah aku nak jadi vet and lawyer (tu yang aku tulis dalam kad biru besar) tiba tiba masa aku form 2 kot aku dah macam minat nak jadi architect tapi tak pula teringing nak jadi engineer. fikir punya fikir siap tanya cikgu parents kakak kawan twitter wechat blablabla.. bang! saya dah buat pilihan saya sendiri! 




"ya, saya bersetuju dengan penawaran ini"


so lepas dah terima tu kena buat pengesahan borang semua lepastu kenalah ucapkan selamat tinggal kawan kawan dan guru guru ku di SMK Taman Daya tapi part sedih bila tak sempat jumpa masa balik sebab sibuk dengan pengesahan kat bilik disiplin (ू˃̣̣̣̣̣̣︿˂̣̣̣̣̣̣ ू) 

20 Januari 2014
Tudung putih, baju kurung putih, stokin putih, kasut hitam . 
Beratur panjang masa nak tentukan sama ada Awam1 atau Awam2- aku dapat Awam1. tu first stop. Next, pergi kelas untuk daftar Awam1. After that, beli uniform, stationary dekat koperasi sekolah. Lepastu pergi mohon asrama (sebenarnya tak nak asrama tapi ayah suruh. saya mohon je lah) sekali dapat-- tak tahu nak cakap apa sebab.. sayataknakmasukasrama nangis gak ah masa balik rumah nak packing barang. sebab memang tak sedia langsung... ni part sedih lah dalam hidup. masa first night kat asrama tu memang aku tidur awal- paksa tidur sebab aku tahu aku susah nak tidur kat tempat baru. nasib baik masa tu cuaca memang sejuk. ok malas ah nak cerita pasal orentasi kat asrama sebab tak nak ingat ha ha ha

First day sekolah, orientasi, rindu mak


first day sekolah- duduk dewan, duduk dewan, duduk dewan.dengar cikgu disiplin cakap dengar pengetua cakap dengar cikgu cikgu cakap dengar semua orang cakap. oh lupa nak kata aku tak lonely sebab fatini ada. kalau tak memang a loner lah sebab aku tak reti buat kawan...sedih. masa dah nak balik tu tengok luar banyak kereta parents, tunggu anak diorang. "bestnya balik" first kali dalam otak aku. aku ni selalunya kalau balik sekolah mesti cerita dengan mak aku pasal apa jadi kat sekolah so the next thing on my mind was "haih untunglah boleh cerita kat mak balik ni pasal sekolah" and aku mula teringat setiap kali aku balik masa first day sekolah, mak aku tanya "ok sekolah fah?" and aku cerita blablabla tapi since aku kat asrama, lepastu pula time tu orentasi, mana boleh call. sedih kan hahaha



so first day masuk kelas semua ok mula mula meja tak susun so kena angkat lepastu susun. sekali ada budak perempuan ni dia pakai spect gak. dia tanya "nak duduk sebelah boleh?" lepastu aku kata "oh boleh" nama dia hanin, budak mersing, comel je dia ni hahaha depan aku dua orang budak laki, izzul and apek. yang aku geram si apek kata si izzul ni nama dia izzue islam so aku confuse nama dia izzul ke izzue. kurang ajarrr hahahaha. sebelah kiri aku kalau tak silap amzar. first impression aku kat dia ni dia macam rude sikit sebab masa kenalkan diri dia kata "panggil aku tokan" ceh konon gangster ah ni hahaha belakang aku ada wani and mira. wani ni peramah and mira ni cantik ah pada aku. kecik dan cantik. pada aku dia tak comel tapi cantik hahaha dah tu je nak cakap pasal first day masuk kelas. 

Sore Eyes Boy
masa second intake masuk, i got my eyes on this one boy (kejap je) hahahah wani panggil sore eyes boy. hm boleh tahan ah kejap kelakar sebenarnya bila ingat balik paling kelakar bila first time dia cakap dengan aku time tu waktu lk. hahaha entah pape dah stop 

Asrama dan first test

kat asrama, aku mampu bertahan sampai cuti raya cina je *start dari sini aku rasa memang ramia yang nak kategorikan aku anak manja tapi pada aku, memang ya, jadi ?* 

first test memang buat aku tak senang duduk sebab first time kot ujian untuk chemist bio physics lk add math pka hahahaha tapi alhamdulillah, aku ok. 


TOD (Truth Or Dare) 

kelas 4Awam1 2014 ni sebenarnya terkenal dengan game TOD (Truth Or Dare) yang entahpape. start dari game ni lah aku kena bagitahu siapa SEB tu 



start daritu macam serik gak ah tapi whatever tu semua kisah silam (ceh) tapi game tu lebih kepada kau suka siapa, bagitau crush kau siapa, jerit depan kelas, cakap kat orang tu kau suka dia blablabla dan game tu bertahan sampai sebelum mid year exam je. baguslah

Miss Monica

Miss Monica, our ETA teacher. tapi dia tak selalu masuk kelas 4A1 sebab ada je halangan takpe mungkin ada hikmah. Tapi setiap kali dia masuk memang best sebab lebih kepada aktiviti yang best. Disebabkan miss monica lah aku tahu pasal sejarah negara lain hahaha kiteorang banyak main games and game paling best : heads up sampai kena marah dengan kelas lain  ....


sorry ._.


Mid year test, waktu pergi, rehat dan balik

Phew masa mid year ni memang peh tekanan yang sangat terasa tapi Alhamdulillah, aku ok. Setiap kali kalau aku datang sekolah ayah aku hantar and sampai sekolah mesti pukul 7 lepastu pergi kelas yang selalunya dah sampai Shahira dan Imran. waktu ni lah tiba tiba teringat akan kerja sekolah. tapi aku awkward gila lepas exam akhir tahun sebab selalunya aku tak tahu nak buat apa so aku bawaklah apa apa yang boleh cover. waktu rehat, waktu paling malas nak keluar kelas padahal kelas dekat je dengan kantin and koperasi. tapi kena ringankan jugaklah diri ni bila takde siapa nak tolong huhu masa balik ni lagi lah awkward sebab aku habis sekolah pukul 2.30 tapi mak aku amik sejam kemudian so aku akan pergi library kalau ada homework tapi selalunya duduk kelas tapi kalau tak tahu nak buat apa duduk kantin. last last aku bawa je lah pape buku yang aku boleh baca asalkan aku tak nampak macam loner (kesian)


Kopi & kirim


Kopi ni sebenarnya timi yang mulakan sebab dia ni memang peminum kopi tegar. dia yang selalu minta tolong belikan so aku belikan lah masa on the way pergi sekolah dan aku pun belilah untuk aku sekali and berkembang jugalah sesi kirim kopi ni kirim stationary semua boleh oh ya untuk tahun depan pun boleh order lagi kopi yang aku selalu beli yang wonda coffee tu. yang putih ah paling sedap minum lagi lagi kalau sejuk 

Selfie? Selfie.

4A1 2014 memang gila selfie jugaklah. siapa jadi mangsa? pengguna iphone. sebab mula mula ambil gambar gila banyak lepastu satu hal nak send gambar kat group tu tak masuk lagi yang buat permintaan untuk gambar blablabla kesian korang, saya bersimpati kepada mangsa kejadian (selalunya orang yang depan sekali dalam gambar ni)




Raya
Sambut macam buat open house ah siap kena buat kad jemputan untuk cikgu semua lepastu makanan sedap... gila. lepastu buka lagu raya.. lepastu selfie lepastu hias kelas lepastu crush handsome (bukan seb) lepastu senior datang lepastu ambil gambar lepastu makan lepastu air tak cukup ok dah tu je lah kot



.
.
.
.
.
.

bla bla bla exam akhir tahun bla bla bla bla cuti dua bulan dah tu je . malas nak cerita panjang panjang 










bye
jap sebelum tu
.
.
.
.
.

bye 4 Awam 1, hai 5 Awam 1
( ͡ᵔ ͜ʖ ͡ᵔ )

2015 tahun spm kita uolls
(ಥ⌣ಥ)

korang dah ready ke
( ͡ಠ ʖ̯ ͡ಠ)

aku belum
༼ ◔ ͜ʖ ◔ ༽

bye
(̿▀̿ ̿Ĺ̯̿̿▀̿ ̿)̄

No comments :