Bahasa dan 'Crush'

Hi viewers blog. Iyela, blog ni mana ada viewers. Takpelah janji boleh post apa yang aku suka. Kira macam online public diary. Lantak kau lah Fifah. So, sebelum ni punya sebelum, aku ada post pasal "gula kapas dan tiba-tiba" ehem . Ramai yang baca. Dan comment dia orang " Baku gila bahasa kau " Ya. Bahasa aku memang baku dalam post tu dan sebelum tu dan selepas itu. Yela, ' Bahasa jiwa bangsa ' jadi bahasa tu jiwa aku. Aku tahu post aku yang ini tidak sebaku yang dahulu. Aku rasa kalau aku post benda sedih tapi guna bahasa paling baku, post itu mesti jadi post gembira. Nampaknya aku boleh menjadi seorang pelawak secara bertulis. Ceh.


Entahlah tapi aku lebih suka menggunakan bahasa dan perkataan baku apabila menaip atau menulis di blog. Maksud mendalam mungkin ? Walaupun aku sendiri tidak tahu apa yang mendalam. Tidak apalah janji aku suka. Biarlah orang nak kata apa pun, janji kita suka. Ye dok ? Ok bye.


Kenapa kalau kita suka seseorang, orang itu dipanggil ' crush ' ? 


Dalam pada masa yang sama....


Happy Iftar everyone. Salam.

No comments :