hai kawan

tidak banyak yang dia mahukan
kemaafan yang ikhlas
perhatian yang benar
dan
pujian yang jujur

dia
yang nampak kuat
tapi sebenarnya-
lemah

bukannya dia tidak mahu mengalah
cuma
keadaan tidak mengizinkan

-

dia yang nampak lemah
memang lemah luaran
tapi
banyak yang dipendam

cukup
cukuplah untuk dia pendam
suatu hari dia luahkan
dengan -
air mata yang berderai

apa yang dia mahu
kemaafan yang tulus
kerana
dia rasa jiwanya sedang rabak

-

mereka tak serupa
bagai baju oren dan seluar hijau
tak padan

tapi bila digayakan dengan kemas
tambah dengan aksesori yang molek
cantik .

macam mereka
nampak tak sehaluan
tapi
nanti akan tiba waktunya
mereka nangis ketawa bersama

percayalah

-

lumrah manusia
perangai berbeza
hobi berbeza
kata hati berbeza
pakwe pun berbeza

betul tak


No comments :