Trip To Taman Negara Pahang ( National Park ) Day 1

Greetings. So, cuti tahun ni aku and family pergi bercuti kat taman negara. Such an amazing and adventurous trip we got. Sebab sebelum ni kalau gi bercuti semua macam visit tempat bersejarah, tempat cantik, ambil gambar, jalan naik kereta or public transport kat darat lepastu blablabla. But kat sini memang daebak. Kiteorang stay sana for four days and three nights. Agak lama lah tapi memang berbaloi. Bila dah enjoy mana rasa lama ye dok ? Pergi sana bawa satu jeans sahaja ya anak-anak (untuk hari last masa nak balik) masa nak pergi sampai malam sebelum nak balik, pakai seluar biasa je. Kira bag memang tak berat ah nak bawa jeans. (pada aku, jeans berat. sekian) Aku ni jenis suka pakai track suit yang kain dia tak macam kain. tapi macam plastik tu. kalau jalan lepastu dia bergesel memang mengeluarkan bunyi. Hah kalau bawa seluar tu senang nak lipat masuk bag. lipat macam lipat plastik tesco sampai kecik. Baju pula tak payah banyak banyak sebab nanti sampai sana kalau tak cukup, beli. Lepastu rajin-rajinkanlah diri untuk basuh ye. Bag pula kalau boleh sorang satu bag je biar senang. lepastu bag tu biar yang travel backpack. so kalau berat still boleh angkat (Faham tak) 

Day 1

Arrived at Jerantut. Kiteorang pergi Jerantut dulu sebab kiteorang ikut travel agency. Sampai sana, kiteorang lunch. Lepas lunch, pergi Cave Exploration @ Gua Gelinggi. Ni aktivi yang best gak. Masuk hutan lepastu masuk gua. Dalam gua, masuk gua lagi. Gua yang kiteorang masuk ada banyak. Dalam gua tu semua sejuk (of course lah kan) and gelap. So, pergi sana mesti and wajib bawa torch light ya anak-anak (yang rasa macam nak pergi.) Masa kiteorang pergi tu dalam gua still macam lembab basah gitu. So, dalam tu kena hati-hati lah. Aku dah tergelincir beberapa kali and kasut kotor gila. peh dah lah kasut aku putih.

▴ Outside the cave ( i forgot the cave's name sorry)
 ▴ My family and I in Gua Gelingga
 ▴ Writer trying to go down in a cave
 ▴ The outside view of Gua Angin
 ▴ My siblings and I before continue our cave exploring 
 ▴ View from Gua Angin
 ▴ Gua Angin
 ▴ On our way to Gua Sanding
 ▴ Inside Gua Sanding
 ▴ Lion in Gua Sanding
 ▴View in Gua Sanding. If you see clearly, you can see sepasang pengantin at the middle of this picture

 ▴ In front of Gua Tongkat
▴ My shoes went brownish ! (the white one)

Ok, lepas habis cave exploration, kiteorang naik van pergi kuala tahan dimana terletaknya Taman Negara, Pahang. Yay ! Tapi tapi tapi kiteorang bukan duduk kat Taman Negara lah. Kiteorang punya guest house seberang Taman Negara. Guest house kiteorang biasa biasa je tapi oklah since bukannya duduk dalam bilik sangat kan. Tv pun takde. Sedih gak ah mula mula tapi bila fikir balik.. Asal selesa dapat tidur sudah sebab aktiviti kiteorang memang pack. Balik pun pukul sebelas lebih gitu. Pada yang kurang faham, tengok gambar bawah ni ya.
▴ Kalau nak pergi Taman Negara, kena seberang Sungai Tembeling naik bot. Seringgit seorang satu hala. Kat Taman Negara tu ada resort sebenarnya. Mutiara Taman Negara. Kat sana memang nampak best. And kat sana ramai traveller Malaysian. Foreigners pun ada tapi tak seramai yang macam kat tempat kiteorang duduk lah.

First night kat sana kiteorang masuk hutan untuk night walk. Sebelum tu kiteorang dinner kat floating restaurant. Best. Makan sambil rasa restaurant tu bergerak bergerak ~(*.*~) Untuk night walk, kiteorang kena gi seberang untuk masuk hutan dengan tour guide naik bot. Sampai sana, lalu kat Mutiara Taman Negara tu. Memang cantik. Serius ah. Oh. Lupa nak bagi tau. Tourist guide kiteorang comel je orangnya. Abg Farid, 24, Married, 2 sons, 4 y/o and 6 months. Hamek kau (-_-) Masuk hutan tu mesti korang rasa seram kan. Tapi tak pun sebenarnya sebab dah ada track. Jalan ikut track yg disediakan and torch light wajib bawa! Kalau tak, susah nak jalan sebab gelap gila nak mampus kateko. Banyak juga ah insects yang jumpa. Antaranya... Hunting Spiders, Timber Ants, Malaya Tarantula, 
▴ Can you see the snake ? It is not poisonous 



 ▴ Spider
 ▴ Grasshopper 
 ▴ Timber Ant


(night walk photo credit to : HaziqahMohed)

-End of day 1 -

Survival Tips :
  1.  Kalau tersesat dalam hutan and terserempak dengan binatang buas, cari pokok merbau. Check sekeliling pokok merbau. Kalau selamat, duduk diantara akar pokok merbau. Lepastu, buat api depan korang tu. Lepastu duduk diam diam. Buat macam ni sebab pokok merbau dapat menghalang bau manusia dari dihidu oleh binatang buas.
  2. Kalau tersesat dalam hutan and sumber makanan/minuman dah berkurang, kita boleh makan bontot timber ant. Rasa dia masam masam gitu. Mungkin korang akan rasa geli bila baca ni tapi bila dah terdesak, masih nak fikir fikir ke ?
  3. Kalau tersesat and sumber air tak jumpa lepastu air korang habis, cari akar liyana. Potong sikit akar liyana tu. Air akan keluar dari situ. Sebelum nak minum, letak kat tangan. Kalau gatal, jangan minum sebab air tu beracun. Kalau tak gatal, boleh minum. 

To be continued....


No comments :