Trip To Taman Negara Pahang ( National Park ) Day 2


Day 2 was the most adventurous day in my life. Lepas breakfast, kiteorang jalan jalan jap dekat kampung kat sana. Lepastu baru pergi floating restaurant untuk berkumpul. Kiteorang hiking sampai Bukit Terisek. Nak pergi sana kena naik bot dulu. Sampai sana, dah nampak tangga dah. Terus teringat kat sekolah masa form one and form three yang kena bawa bag berat naik tangga dua tingkat *pengsan* Bukan senang bagi diriku yang first time pergi hiking ini ya anak-anak. Kat sana memang dah ada track yang menyakitkan kaki serious gua kata. Kena naik tangga entah berapa ratus tapi sampai pertengahan tourist guide aka abang mie kata dah tak ikut track iaitu naik tangga lagi sebab memenatkan. So, kiteorang lalu jalan tanah. Macam jungle trekking gitu. Kena pegang pokok, pegang tali, pegang ranting. Lepastu stop kejap nak tengok flora dan fauna yang ada. Masa stop tu memang terus keluarkan air, minum. Family kiteoranglah yang asyik nak minum air since yang lain semua macam dah berpengalaman (kot) Sambil stop minum air, ambil gambar sekali. Memang mencabar stamina betul. Nasib baik stamina aku kuat (katanya) Hiked, hiked, hiked... At last sampai kat Bukit Terisek. Sangatlah rasa bersyukur. Sampai-sampai, minum lepastu ambil gambar view dari Bukit Terisek. Nampaklah Sg.Tahan, Gunung Tahan, Bukit bukau dan langit yang biru dan tenang. (ayat cliché)    
happy and tired face from Bukit Terisek ! 
there were only eight malaysian including my family in this group
breathtaking view from Terisek Hill !
---
Lepas dah puas, kitaorang satu group turun menggunakan jalan yang sama. Tapi sampai satu part, kiteorang ikut trek. Turun guna tangga ! Hah kalau turun ikut tangga memang best ah rasa macam nak slide je kan tapi tidak boleh ya anak-anak. Turun turun turun..
Akhirnya sampai kat canopy walkaway ! Sebelum naik tu kiteorang duduk kat bawah dulu sebab ramai yang tengah tunggu turn untuk canopy walkaway. Sekali empat orang sahaja yang boleh ada kat atas walkaway tu ye. So, blablabla akhirnya bila dah takde orang, kiteorang satu family gi canopy walkaway. Pada orang yang gayat maybe rasa macam tinggi gila tapi sebenarnya pada aku, tak cukup tinggi lagipun kalau kita jalan atas walkaway tu kita tak nampak bawah. maksudnya, kalau nak nampak bawah kena tengok tepi. faham tak ? tapi tapi tapi view memang cantik ah gua kata.
 Lepasni ni aku nak jadi pencinta alam sekitar pula. Panjang walkaway tu tak ingatlah berapa tapi ada tempat stop kejap lepastu sambung lepastu stop lepastu sambung. Sayang sangat sebab ada walkaway yang tak bukak. And yang tak bukak tu ada tangga gantung ! Sedih sia bila walkaway tu tutup and kiteorang tak dapat naik ಥ_ಥ
---
Lepas canopy walkaway, kiteorang naik bot, balik ke floating restaurant. Lepastu lunch dekat tempat lain lepastu balik bilik. Rehat. Dalam pukul tiga gitu, kiteorang kena kumpul balik kat floating restaurant. Sampai-sampai, naik bot pergi perkampungan orang asli. Kat sana dapat cuba menyumpit. Aku try gak lah tapi tak kena pada sasaran pun sebab tak pro lagi (҂⌣̀_⌣́)

lepas menyumpit, kiteorang try buat ungun api guna kayu and bahan-
bahan yang lain. semuanya boleh diperolehi di dalam hutan ya. Mula-mula kena buat macam ni lah. kena buat sampai kayu yang kat bawah tu keluar asap. bila dah keluar asap, letak habuk kena buat macam encik orang asli kat sebelah ni. lepastu buat 'romantik blow' nanti dia keluar api. ni salah satu survival tips gak ah tapi nanti aku list down kan barang-barang dia ok.






-----
Get ready to get wet ! \(^o^)/ ni aktiviti paling best paling awesome paling daebak sekali. Sebab.... dapat main air sungai ~(^.^~) bab air ni memang aku excited sebab main air adalah benda paling best dalam dunia. Kiteorang memang lencun habis. Yang duduk depan lagi lencun and aku duduk tengah. Sorang-sorang. Kak iqa pun duduk sorang. Yang lain semua duduk berdua. Yang duduk sorang memang best sebab kalau ada orang splash kan air, dia sorang je yang kena. Macam shower \(´O`)/  sorry takde gambar sebab basah. takut camera rosak. okbye.
---

Malam tu ada night safari. Masuk ladang kelapa sawit. Bak kata tourist guide tu, "nanti yang kita nampak selalunya boleh jumpa belakang rumah" mula-mula tertanya gak apa maksud abang tu lepastu baru aku faham apa maksudnya. jeng jeng jeng.... pergi ladang tu naik kereta four wheel drive macam dalam gambar sebelah ni hah. Lepas night safari, balik guest house dan bermula lah saat yang perit dalam hidup. Jeng jeng jeng



To be continued.. Jeng jeng jeng







No comments :